Wednesday, September 2, 2009

PERANAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Mentarbiah dan mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab yang besar kepada setiap ibu bapa, kerana ianya akan melahirkan generasi yang cemerlang dan berakhlak mulia. Lebih- lebih lagi dengan mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w yang berlandaskan akhlak Al-quran hendaklah diutamakan. Ketika ditanya oleh para sahabat tentang akhlak Rasulullah s.a.w yang mana Saidatina Aisyah r.a memberitahu, bahawa akhlak Rasulullah s.a.w adalah dengan akhlak al-quran.

Justeru itu dalam membentuk keperibadian anak-anak,ibu bapa sewajarnya memberikan kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya. Namun demikian ibu bapa haruslah berpada-pada menyayangi mereka, dan jangan terlalu memberikan kemewahan sebagai ganti kasih sayang kepada anak-anak kerana akan merosakkan akhlak mereka, Sebagaimana yang banyak berlaku masa kini. Kadangkala ibu
bapa lupa bahawa kasih sayang dan perhatian adalah lebih penting daripada kemewahan. Pepatah melayu ada menyatakan "Sayangkan Anak Tangan-Tangankan dan Bukannya Mewah-Mewahkan". Sidang. Islam mengajar kita bahawa perkara utama yang perlu dilakukan dalam
mendidik anak-anak sebaik sahaja mereka lahir ke dunia ini adalah dengan memperdengarkan kalimah Allah s.w.t,, bukannya dengan nama-nama yang lain. Sebab itulah kita disunatkan melafazkan azan ditelinga kanan, iqamah ditelinga yang kiri, dibacakan surah al-qadr ditelinga kanan, disamping itu ditahniahkan akan dia,di akikahkan, di cukur rambutnya dan di beri nama ketika dia berusia tujuh hari, yang mana perkara ini merupakan asas pendidikan akidah dan keimanan kepada anak-anak, seterusnya kita asuh dan didik mereka dengan didikan agama yang sempurna.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Mulakanlah ucapan kepada anak-anak kamu dengan
kalimah Lailahaillallah.” -Hadith Riwayat Hakam daripada Ibnu Abas-. Asuh dan
didiklah anak-anak dengan keimanan, supaya mereka beriman kepada Allah s.w.t. Dengan itu dapat menjamin diri anak-anak dan kehidupan mereka agar terpelihara daripada menyekutukan Allah s.w.t. Perkara ini dapat diambil iktibar daripada pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya. Sebagaimana firman Allah s.w.t:
"Dan (ingatilah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya : Wahai
anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan
syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". –surah al-Lukman

cara ibu bapa memberi pendidikan baik kepada anak-anak antaranya ialah:

Ø Memberikan didikan agama dan moral juga amat perlu sejak mereka kecil lagi.

Ø menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak-anak, bukan sebaliknya melakukan perkara-perkara keji.

Ø Memberi perangsang kepada anak-anak. Hal ini selaras dengan janji-janji Allah s.w.t kepada hambanya yang beriman ,iaitu memberikan pahala dan ganjaran syurga. Kedua-duanya merupakan perangsang dan galakan kepada orang-orang mukmin supayaterus melakukan kebaikan dan beramal soleh. Begitu jugalah dalam hal mendidik anak-anak, kita perlu memberikan dorongan dan perangsang serta puji-pujian dan kata-kata semangat diatas kejayaan dan kebaikan yang telah mereka lakukan.


Sekiranya kita ingin anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh, kita mestilah
bersifat dan beramal soleh supaya kita boleh dijadikan model dan idola bagi mereka. Ini kerana anak-anak mengilut dan mencontohi perlakuan kita. Jika kita dapat mendidik mereka dengan baik, maka baiklah mereka,tetapi jika sebaliknya maka rosak dan gagallah kehidupan mereka. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mendidik anaka anak kita, supaya mereka menjadi insan yang sempurna dan beriman kepada Allah s.w.t serta rasulnya, bahkan hidup didunia dan diakhirat .Insya-Allah…..

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt...............
    Boleh juga dimasukan bahan berkaitan nasihat luqman dalam surah luqman berkaitan tajuk ini serta teori perkembangan kanak-kanak oleh pelopor islam dan barat

    ReplyDelete