Friday, October 9, 2009

Pengamalan zikir dalam kehidupan umat Islam


Pengertian zikir di dalam beberapa istilah ialah menghadirkan Allah S.W.T ke dalam hati dengan penuh tadabbur. Zikir kita boleh lakukan dengan lisan atau tanpa lisan kerana zikir merupakan kearah pendekatan diri kepada allah s.w.t. zikir merupakan antara amalan yang amat terpenting dalam kehidupan seharian umat Islam namun di dalam dunia yang penuh dengan teknologi ini,amalan zikir tidak berapa lagi di amalkan oleh masyarakat Islam zaman sekarang terutamanya para-para belia.

Seharusnya nilai penerapan amalan zikir ini tidak boleh dilupakan kerana zikir juga merupakan antara amalan yang dilakukan oleh nabi Muhammad s.aw. ketika mana baginda s.a.w. menyudahkan solat dan juga ketika baginda berada di dalam kesusahan yang memerlukan pertolongan dari Allah s.w.t. amalan zikir dapat memberikan rahmat, kebaikan serta pujian kepada para hamba-Nya melalui ilham yang dihadirkan dalam diri mereka..Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:

i. Menenangkan hati:Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.i

iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.

iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.

Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas.Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.

Sesungguhnya zikir merupakan satu amalan yang di galakkan baginda kepada umatNya, dengan zikir tersebut dapat menjauhkan hamba-hambaNya dari bencana yang tidak di duga dan zikir juga dapat mendekatkan lagi hamba dengan PenciptaNya.

Saturday, October 3, 2009

PEMBUKAAN MAKKAH DALAM NEGARA ISLAM

Peristiwa Fathul Makkah telah membuka mata dunia khasnya kuasa besar dunia pada waktu itu terhadap keupayaan dan kekuatan yang dimiliki oleh Islam dan ummatnya di bawah kepimpinan Baginda Rasul saw.Fathul Makkah atau Pembukaan Kota Makkah juga meletakkan Islam sebagai kuasa baru yang tidak lagi boleh dipandang ringan apatah lagi untuk di “buli” oleh musuh-musuhnya.

Namun Pembukaan Kota Makkah bukanlah isu persaingan kuasa atau merebut empayar pemerintahan di persada dunia tetapi bermatlamatkan atas dasar Redho dan Rahmat Ilahi dalam misi menyelamatkan aqidah ummah dari belenggu fahaman Jahiliyyah.

Justeru itu , Baginda saw. yang memimpin 10 ribu tentera dan ummat Islam
telah keluar dari Madinah menuju Kota Makkah pada hari Rabu tanggal Ramadhan Tahun ke 8 Hijrah selepas waktu A’sar dengan membawa slogan keamanan dan kesejahteraan bersama Islam .
Jauh sekali untuk melepaskan dendam ke atas penduduk Makkah, sungguhpun mereka pernah di seksa dan dihalau dari Makkah pada peringkat awal perjuangan mereka bersama Gerakan Islam yang di pimpin oleh Rasulullah saw.Baginda s.a.w. telah mengisytihar slogan keamanan dan kesejahteraan itu dengan sabdanya:

مَنْ دَخَلَ دَارَ أَبِيْ سُفِيَانَ فَهُوَ آمِنٌ , وَ مَنْ دَخَلَ اْلكَعْبَةَ فَهُوَ آمِنٌ , وَ مَنْ دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَهُوَ آمِنٌ , وَ مَنْ دَخَلَ دَارَ حَكِيْمَ بْنِ حِزَام فَهُوَ آمِنٌ , وَمَنْ أَغْلَقَ عَلَيْهِ بَابَهُ فَهُوَ آمِنٌ .
“ Barangsiapa memasuki rumah Abi Sufian maka ia aman , barangsiapa memasuki al Kaabah maka ia aman , barangsiapa memasuki Masjidil haram maka ia aman , barangsiapa memasuki rumah Hakim ibn Hizam maka ia aman dan barangsiapa mengunci pintu rumahnya maka ia aman.”

Ilmu Tasawuf dalam peribadi umat Islam

Tasawuf merupakan salah satu dari tiga tiang asas agama Islam. Ia merupakan dimensi kerohanian bagi agama ini. Dengannya iman dan keyakinan menjadi lebih kuat, pelaksanaan terhadap tuntutan syariat menjadi lebih sempurna dan penghayatan nilai-nilai akhlak menjadi lebih berkesan. Dunia Islam telah melahirkan ramai tokoh ahli tasawuf berkaliber. Mereka telah meletakkan asas-asas, menghuraikan permasalahan dan menulis karya-karya demi menyebarkan ilmu dan menjaga tasawuf daripada penyimpangan dan penyelewengan golongan yang jahil, berpura-pura dan berniat jahat terhadap tasawuf dan Islam

Tasawuf selalu diberikan gambaran yang menyentuh sudut-sudut tertentu sahaja terutamanya ketinggian akhlak, kezuhudan, peribadatan dan kekeramatan lahiriah. Menggambarkan tasawuf dengan gambaran-gambaran tersebut ternyata tidak tepat dan tidak menyentuh intipati sebenar dan menyeluruh tentang tasawuf itu. Pengertian sebenar tasawuf itu ialah pencapaian darjat ihsan yang digambarkan dalam hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Ihsan itu ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olahnya engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau.”

Antara elemen asasi tasawuf ialah kezuhudan dengan erti ketidakcenderungan hati kepada perkara keduniaan, bukan semata-mata meninggalkan perkara keduniaan. Elemen kezuhudan dalam tasawuf dapat dilihat antara lain pada takrifan yang diberikan oleh Samnun. Tasawwuf menurut beliau ialah bahawa engkau tidak memiliki sesuatu dan tiada sesuatu yang memiliki engkau. Begitu juga yang terdapat pada takrifan Ma`ruf al-Karakhi di mana tasawuf menurut beliau ialah berpegang dengan hakikat dan berputus-asa (tidak berkeinginan terhadap apa yang ada pada tangan (milik) makhluk.

Elemen-elemen seperti peribadatan, berakhlak mulia dan kezuhudan lahiriah secara berasingan tidak menggambarkan hakikat sebenar tasawuf, namun ia adalah sebahagian daripada elemen yang membentuk tasawuf dan tidak dapat dipisahkan daripadanya. Ketekunan melakukan amal ibadah tidak semestinya menunjukkan kesufian. Demikian juga memiliki akhlak yang mulia dan kezuhudan. Namun, seorang sufi itu pasti menekuni amal ibadah, berakhlak mulia dan bersifat zuhud dalam bentuk yang sesuai dengan keadaan mereka.

Daripada penjelasan yang telah dibuat dapat disimpulkan bahawa tasawuf merupakan maqam Ihsan yang menjadi sebahagian daripada rukun agama. Tasawuf mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan aqidah di mana aqidah itu adalah asasnya dan tasawuf itu berfungsi dalam memperkukuh dan memurnikannya. Demikian juga tasawwuf itu mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan syariat di mana syariat itu adalah laluan untuk mencapai tasawwuf dan tasawwuf itu pula berfungsi memantapkan lagi perlaksanaan terhadap syariat. Syariat tidak boleh dipisahkan daripada tasawuf dan tidak ada pertentangan di antara kedua-duanya. Tasawwuf bukanlah suatu keanehan dan kepelikan tetapi ia adalah maqam ubudiyyah

Membina Keluarga Islam

Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada Allah S.W.T yang mana pemahaman asas anggotanya adalah hanya mencari keredhaan Allah S.W.T, dan yang di atur oleh peraturan-Nya. Setiap anggota keluarga Islam ini menjalankan hak dan kewajiban masing-masing sesuai dengan peraturan Allah S.W.T . Ketaatan ini dimulakan dari sejak awal, iaitu dari sejak menentukan kriteria pasangan hidup, proses memilih, khitbah (meminang), pernikahan, serta proses menjalani kehidupan rumahtangga, iaitu sentiasa berada di jalan kebenaran, jalan Allah S.W.T.

Motivasi awal yang benar merupakan asas untuk membangun kehidupan rumahtangga yang kukuh. Dalam hal ini, Islam menetapkan bahwa motivasi seseorang melangsungkan kehidupan suami-isteri adalah untuk melaksanakan salah satu dari bentuk ibadah kepada Allah S.W.T . Kehidupan pernikahan adalah kehidupan persahabatan antara seorang suami dan isterinya. Suami menjadi sahabat kepada isterinya dan isteri menjadi sahabat kepada suaminya secara sempurna dalam seluruh aspek kehidupan. Allah telah menjadikan pernikahan sebagai tempat ketenangan bagi pasangan suami isteri, sebagaimana firman-Nya di dalam surah ar-Rum ayat 21:

Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”

Perjuangan Politik di dalam Negara Islam

Sebuah sistem politik akan berjalan selama rakyat masih percaya kepada pemimpinnya untuk mengatur kehidupan mereka. Untuk mengubah sistem tersebut haruslah diputus kepercayaan rakyat terhadap pemimpinnya (dhorbul alaqot). Untuk itu harus dijelaskan dan dibongkar kerosakan pemimpin yang ada, pengkhianatan mereka terhadap rakyat, ketidakadilan mereka mengurus rakyat. Termasuk menjelaskan persengketaan mereka dengan negara-negara musuh imperialis yang menyebabkan derita rakyat. Aktiviti ini lah yang disebut perjuangan politik.

Amal politik ini dilihat dari penentangan parti tersebut terhadap negara-negara imperialis kafir dalam rangka memerdekakan umat dari belengu penjajahan mereka. Membebaskan umat dari tekanan dan pengaruhnya, serta mencabut akar-akarnya baik berupa pemikiran, budaya, politik, ekonomi, maupun ketenteraan dari seluruh negeri-negeri Islam. Termasuk dalam amal politik ini adalah menentang pemimpin,dalam mengungkap pengkhianatan mereka, melancarkan kritik (muhasabah), kontrol, dan koreksi terhadap mereka. Serta berusaha mengganti mereka apabila mereka melanggar hak-hak umat.

Hal ini dilakukan Rasulullah dengan menjelaskan kerosakan pemimpin-pemimpin kafir Quraish pada waktu itu. Abu Lahab, Abu Jahal, dan Abu Sofyan merupakan pemimpin-pemimpin yang kerap dikritik oleh Rasulullah. Bersama sahabatnya, Rasulullah menyampaikan ayat-ayat al-Qur’an yang berisi kecaman terhadap Abu Lahab yang menolak kebenaran yang disampaikan Rasulullah dengan cara yang hina dan ada juga ayat al Quran yang mengungkap keburukan Abu Sofyan yang tidak memperhatikan anak-anak yatim. Amal praktik yang boleh dilakukan saat ini ialah dengan memilih uslub (strategi) seminar, diskusi, demonstrasi damai , ceramah-ceramah, debat politik atau media-media lainnya.

Friday, October 2, 2009

Al Quran Jalan Hidup Manusia

Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Dengan Islam, Allah mengakhiri serta menyempurnakan agama-agama lain untuk para hamba-Nya. Dengan Islam pula, Allah menyempurnakan kenikmatan-Nya dan merindui Islam sebagai agamanya. Oleh kerana itu tidak ada lain yang patut diterima, selain Islam. Sebagaimana yang dijelaskan di dalam surah al Imran: 3 yang bermaksud:
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu ….”



Agama Islam mencakupi seluruh kemaslahatan yang dikandung oleh agama-agama terdahulu. Islam mempunyai keistimewaan, iaitu relevan untuk setiap masa, tempat dan umat. Kebenaran al Quran memang perlu adanya suatu keyakinan yang sangat mendalam, dan bersangkut akan aqidah. Perkembangan zaman atau dengan globalisasinya iaitu zaman yang terus berkembang dengan kecanggihan dalam bidang teknologi dan informasi yang memberikan pandangan yang positi.. Dalam perkembangan zaman ini informasi sangat mudah untuk kita terima, baik media cetak ataupun elektronik. Oleh yang demikian akan munculnya ajaran-ajaran baru, yang itu semua sangat bertolak belakang dengan apa yang telah kita pelajari (Aquran). Hal tersebut harus menjadi perhatian buat kita semua yang mana perkembangan zaman tidak akan kita hindarkan malahan harus kita optimalkan dengan terus dan terus belajar dalam mencari ilmu sebanyak mungkin.


Sejarah ada menyebutkan bahwa Al Quran diturunkan selama kurun waktu 22 tahun, 2 bulan, 22 hari sejak kurun tersebut pemeliharaan al Quran terjamin. Wahyu yang turun dari Allah SWT langsung ditulis dan dihafaz oleh para sahabat. Kesimpulannya umat Islam digalakkan untuk menuntut ilmu kerana ilmu juga merupakan pedoman kepada al Quran dan al Sunnah.
.

QISAS DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM

Qisas adalah kesalahan atau jenayah yang dilakukan oleh pesalah dan hukumannya adalah sama seperti jenayah yang dilakukannya. Hukuman ini hanya boleh dipinda dengan izin keluarga orang yang kena bunuh atau pihak yang menerima kecederaan. Sebagaimana firman allah s.w.t di dalam surah al-baqarah ayat 178 yang bermaksud:
Wahai orang-orang Yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan Yang seimbang) Dalam perkara orang-orang Yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka Dengan orang merdeka, dan hamba Dengan hamba, dan perempuan Dengan perempuan. maka sesiapa (pembunuh) Yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak Yang terbunuh), maka hendaklah orang Yang mengampunkan itu) mengikut cara Yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) Dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. sesudah itu sesiapa Yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa Yang tidak terperi sakitnya”

Maksud dalam ayat tersebut adalah untuk menunjukkan persamaan daripada segi hukuman dan ini adalah cara untuk menjalankan keadilan dalam perkara jenayah bunuh pada masa sekarang. Namun apabila berlakunya pembunuhan itu dua orang ataupun lebih maka hukumannya berlainan yang mana ada sesetengah pendapat menyatakan tidak boleh dijatuhkan hukuman bunuh ke atas orang ramai yang bersekutu membunuh seseorang, tetapi hendaklah diadakan hukuman yang lain, kerana tidak terdapat persamaan antara satu dan ramai apabila hukuman dilaksanakan. Kes seumpama ini pernah berlaku pada zaman umar al-Khattab yang mana berhubung peristiwa seorang anak perempuan dengan kekasihnya membunuh anak tirinya. Selepas berbincang dengan ali bin abi talib maka keputusannya adalah membunuh kedu-duanya sekali.

Berdasarkan kes di atas ternyata yang dipertimbangkan bukan daripada segi lahir maksud persamaan,tetapi dipandang daripada sudut jenayah itu sendiri. Ternyata jemayah itu tetap suatu jenayah walaupun dilakukan oleh sekumpulan yang ramai ke atas seseorang.