Thursday, October 1, 2009

PENGAJIAN TASAWUF KEPADA MAHASISWA IPTA

Realitinya di IPTA, Pengajian Tasawuf tidak banyak ditawarkan kepada para mahasiswa di Institusi pengajian tinggi awam. Ramai para mahasiswa tidak mengetahui akan kewujudan bidang tasawuf dalam pengajian Islam. Mereka hanya mengetahahui tentang kewujudan ilmu syariah, ilmu usuluddin, ilmu falsafah dan sebagainya. Antara pakar tasawuf pada masa kini antaranya Prof. Zakaria Stapa dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Wan Mohd. Azam Wan Mohd. Amin dari UIAM dan beberapa lagi pensyarah dari universiti lain.

Kursus ini sebenarnya bertujuan untuk mendedahkan kepada para mahasiswa kepada persekitaran umum akhlaK islamiah dalam memberikan penekanan kepada pembangunaan umum sahsiah muslim. Pembicaraanya meliputi konsep nilai dan sumber akhlak islamiah serta kepentingannya dalam kehidupan insan. Di dalam kursus tasawuf Sunni dan Falsafi adalah bertujuan untuk memperkenal dan memantapkan pengetahuan pelajar mengenai aliran sunni dan falsafi yang muncul dan berkembang dalam perjalanan sejarah tasawuf.

Oleh itu kursus pengajian tasawuf ini sepatutnya didedahkan kepada seluruh mahasiswa IPT kerana ilmu tasawuf merupakan ilmu yang berbentuk kepada pemikiran dan bukannya sebagai ilmu yang ada unsur penyelewengan.

1 comment:

  1. semoga dengan ilmu tasawuf yg dipelajari oleh para mahasiswa akan mendorong mereka mencapai tahap tertinggi dlm aspek akidah.Tahniah kepada penulis..semoga isu ini dpt memberi manfaat kepada pembaca.

    ReplyDelete