Friday, October 9, 2009

Pengamalan zikir dalam kehidupan umat Islam


Pengertian zikir di dalam beberapa istilah ialah menghadirkan Allah S.W.T ke dalam hati dengan penuh tadabbur. Zikir kita boleh lakukan dengan lisan atau tanpa lisan kerana zikir merupakan kearah pendekatan diri kepada allah s.w.t. zikir merupakan antara amalan yang amat terpenting dalam kehidupan seharian umat Islam namun di dalam dunia yang penuh dengan teknologi ini,amalan zikir tidak berapa lagi di amalkan oleh masyarakat Islam zaman sekarang terutamanya para-para belia.

Seharusnya nilai penerapan amalan zikir ini tidak boleh dilupakan kerana zikir juga merupakan antara amalan yang dilakukan oleh nabi Muhammad s.aw. ketika mana baginda s.a.w. menyudahkan solat dan juga ketika baginda berada di dalam kesusahan yang memerlukan pertolongan dari Allah s.w.t. amalan zikir dapat memberikan rahmat, kebaikan serta pujian kepada para hamba-Nya melalui ilham yang dihadirkan dalam diri mereka..Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:

i. Menenangkan hati:Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.i

iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.

iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.

Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas.Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.

Sesungguhnya zikir merupakan satu amalan yang di galakkan baginda kepada umatNya, dengan zikir tersebut dapat menjauhkan hamba-hambaNya dari bencana yang tidak di duga dan zikir juga dapat mendekatkan lagi hamba dengan PenciptaNya.

3 comments:

  1. yer....zikir ibarat ikan didalam air...
    tanpa air..ikan akan mati...bgitulah hati manusia...dgn mngingti Allah hati akan menjadi tenang

    ReplyDelete
  2. salam...
    saya setuju apa yg telah dihuraikan oleh pemilik blog ni mengenai amalan zikir dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim..
    walaupun zikir nampak sukar tp...ia sebenarnya amat mudah sekiranya kita sentiasa istiqamah dan jadikan ia sebagai amalan harian kita..tanpa kita sedari secara tidak langsung akan sebati dalam jiwa kita..wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. subhanallah....

    ReplyDelete