Saturday, October 3, 2009

PEMBUKAAN MAKKAH DALAM NEGARA ISLAM

Peristiwa Fathul Makkah telah membuka mata dunia khasnya kuasa besar dunia pada waktu itu terhadap keupayaan dan kekuatan yang dimiliki oleh Islam dan ummatnya di bawah kepimpinan Baginda Rasul saw.Fathul Makkah atau Pembukaan Kota Makkah juga meletakkan Islam sebagai kuasa baru yang tidak lagi boleh dipandang ringan apatah lagi untuk di “buli” oleh musuh-musuhnya.

Namun Pembukaan Kota Makkah bukanlah isu persaingan kuasa atau merebut empayar pemerintahan di persada dunia tetapi bermatlamatkan atas dasar Redho dan Rahmat Ilahi dalam misi menyelamatkan aqidah ummah dari belenggu fahaman Jahiliyyah.

Justeru itu , Baginda saw. yang memimpin 10 ribu tentera dan ummat Islam
telah keluar dari Madinah menuju Kota Makkah pada hari Rabu tanggal Ramadhan Tahun ke 8 Hijrah selepas waktu A’sar dengan membawa slogan keamanan dan kesejahteraan bersama Islam .
Jauh sekali untuk melepaskan dendam ke atas penduduk Makkah, sungguhpun mereka pernah di seksa dan dihalau dari Makkah pada peringkat awal perjuangan mereka bersama Gerakan Islam yang di pimpin oleh Rasulullah saw.Baginda s.a.w. telah mengisytihar slogan keamanan dan kesejahteraan itu dengan sabdanya:

مَنْ دَخَلَ دَارَ أَبِيْ سُفِيَانَ فَهُوَ آمِنٌ , وَ مَنْ دَخَلَ اْلكَعْبَةَ فَهُوَ آمِنٌ , وَ مَنْ دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَهُوَ آمِنٌ , وَ مَنْ دَخَلَ دَارَ حَكِيْمَ بْنِ حِزَام فَهُوَ آمِنٌ , وَمَنْ أَغْلَقَ عَلَيْهِ بَابَهُ فَهُوَ آمِنٌ .
“ Barangsiapa memasuki rumah Abi Sufian maka ia aman , barangsiapa memasuki al Kaabah maka ia aman , barangsiapa memasuki Masjidil haram maka ia aman , barangsiapa memasuki rumah Hakim ibn Hizam maka ia aman dan barangsiapa mengunci pintu rumahnya maka ia aman.”

No comments:

Post a Comment