Friday, October 2, 2009

QISAS DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM

Qisas adalah kesalahan atau jenayah yang dilakukan oleh pesalah dan hukumannya adalah sama seperti jenayah yang dilakukannya. Hukuman ini hanya boleh dipinda dengan izin keluarga orang yang kena bunuh atau pihak yang menerima kecederaan. Sebagaimana firman allah s.w.t di dalam surah al-baqarah ayat 178 yang bermaksud:
Wahai orang-orang Yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan Yang seimbang) Dalam perkara orang-orang Yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka Dengan orang merdeka, dan hamba Dengan hamba, dan perempuan Dengan perempuan. maka sesiapa (pembunuh) Yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak Yang terbunuh), maka hendaklah orang Yang mengampunkan itu) mengikut cara Yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) Dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. sesudah itu sesiapa Yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa Yang tidak terperi sakitnya”

Maksud dalam ayat tersebut adalah untuk menunjukkan persamaan daripada segi hukuman dan ini adalah cara untuk menjalankan keadilan dalam perkara jenayah bunuh pada masa sekarang. Namun apabila berlakunya pembunuhan itu dua orang ataupun lebih maka hukumannya berlainan yang mana ada sesetengah pendapat menyatakan tidak boleh dijatuhkan hukuman bunuh ke atas orang ramai yang bersekutu membunuh seseorang, tetapi hendaklah diadakan hukuman yang lain, kerana tidak terdapat persamaan antara satu dan ramai apabila hukuman dilaksanakan. Kes seumpama ini pernah berlaku pada zaman umar al-Khattab yang mana berhubung peristiwa seorang anak perempuan dengan kekasihnya membunuh anak tirinya. Selepas berbincang dengan ali bin abi talib maka keputusannya adalah membunuh kedu-duanya sekali.

Berdasarkan kes di atas ternyata yang dipertimbangkan bukan daripada segi lahir maksud persamaan,tetapi dipandang daripada sudut jenayah itu sendiri. Ternyata jemayah itu tetap suatu jenayah walaupun dilakukan oleh sekumpulan yang ramai ke atas seseorang.

No comments:

Post a Comment