Friday, October 2, 2009

Al Quran Jalan Hidup Manusia

Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Dengan Islam, Allah mengakhiri serta menyempurnakan agama-agama lain untuk para hamba-Nya. Dengan Islam pula, Allah menyempurnakan kenikmatan-Nya dan merindui Islam sebagai agamanya. Oleh kerana itu tidak ada lain yang patut diterima, selain Islam. Sebagaimana yang dijelaskan di dalam surah al Imran: 3 yang bermaksud:
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu ….”



Agama Islam mencakupi seluruh kemaslahatan yang dikandung oleh agama-agama terdahulu. Islam mempunyai keistimewaan, iaitu relevan untuk setiap masa, tempat dan umat. Kebenaran al Quran memang perlu adanya suatu keyakinan yang sangat mendalam, dan bersangkut akan aqidah. Perkembangan zaman atau dengan globalisasinya iaitu zaman yang terus berkembang dengan kecanggihan dalam bidang teknologi dan informasi yang memberikan pandangan yang positi.. Dalam perkembangan zaman ini informasi sangat mudah untuk kita terima, baik media cetak ataupun elektronik. Oleh yang demikian akan munculnya ajaran-ajaran baru, yang itu semua sangat bertolak belakang dengan apa yang telah kita pelajari (Aquran). Hal tersebut harus menjadi perhatian buat kita semua yang mana perkembangan zaman tidak akan kita hindarkan malahan harus kita optimalkan dengan terus dan terus belajar dalam mencari ilmu sebanyak mungkin.


Sejarah ada menyebutkan bahwa Al Quran diturunkan selama kurun waktu 22 tahun, 2 bulan, 22 hari sejak kurun tersebut pemeliharaan al Quran terjamin. Wahyu yang turun dari Allah SWT langsung ditulis dan dihafaz oleh para sahabat. Kesimpulannya umat Islam digalakkan untuk menuntut ilmu kerana ilmu juga merupakan pedoman kepada al Quran dan al Sunnah.
.

2 comments:

  1. Al- Quran merupakan Kalamullah yg terpelihara kesyumulannya. Subahanallah..keistimewaan Al-Quran terbukti sehingga kini.Ia menjadi panduan yg konsisten oleh seluruh umat islam di muka bumi.

    ReplyDelete
  2. btl kata awk 2..al_Quran ssuai utk smua zaman,bangsa,tempat dan suasana....
    ini menunjukkan betapa lengkap dan sucinya al-Quran untk panduan ummat d dunia n diberi syafaat di akhirat kelak kepada pembaca dan pengamalnya InsyaAllah...mg2 same2 kita jadikan al-Quran sbgai panduan hidp dlm sgl perkara yg d tempuhi di atas bumi Allah yg indah ini...

    ReplyDelete